Keberkesanan Gamifikasi Tatabahasa Arab “Ana Sibawayh” dalam PDP: Tinjauan Terhadap Pelajar FPBU USIM

( Effectiveness of Arabic Grammar Gamification “Ana Sibawayh” in Teaching and Learning: A Survey Study on FPBU Students at USIM)

Authors

  • Yuslina Mohamed Faculty of Major Language Studies, Universiti Sains Islam malaysia, Bandar Baru Nilai 78100, Nilai Negeri Sembilan, Malaysia.
  • Nurhasma Muhamad Saad Faculty of Major Language Studies, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai 78100, Nilai Negeri Sembilan, Malaysia.
  • Sulaiman Ismail Faculty of Major Language Studies, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai 78100, Nilai Negeri Sembilan, Malaysia.
  • Mesbahul Hoque Faculty of Quranic and Sunnah Studies, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai 78100, Nilai Negeri Sembilan, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.33102/alazkiyaa.v1i1.12

Keywords:

Keberkesanan, gamifikasi, Tatabahasa arab, papan permainan

Abstract

Gamifikasi Ana Sibawayh adalah model permainan tatabahasa Arab yang menggunakan papan permainan yang interaktif .Permainan ini mempunyai 4 peringkat kemahiran tatabahasa Arab mengikut sarjana ulung nahu Bahasa Arab, iaitu: Ibnu Hisyam, Ibnu Jinny dan Sibawayh. Setiap peringkat akan mewakili soalan mudah-sederhana dan susah iaitu soalan klasifikasi kedudukan perkataan dalam ayat Bahasa Arab. Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai keberkesanan gamifikasi melalui tinjaun terhadap pelajar tahun tiga dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) terhadap aktiviti PdP yang menggunakan papan permaianan Ana Sibawayh dalam kursus Bahasa Arab. Kajian deskriptif analisis digunakan untuk menganalisis data yang dikumpul dari 41 responden yang telah mengambil bahagian dalam permaianan tatabahasa Bahasa Arab dan telah menjawab soalan berkaitan persepsi keberkesanan. Kajian merumuskan bahawa 100% pelajar amat bersetuju bahawa permaianan ana sibawayh ini menarik dan dapat membantu mereka memahirkan tatabahasa Arab secara bermain. Mereka juga telah mengesyorkan untuk menggunakan Gamifikasi Ana Sibawayh dalam PdP Nahu Bahasa Arab.

Ana Sibawayh Gamification is an Arabic grammar game model that using an interactive game board. This game has 4 levels of Arabic grammar rules according to the famous scholars of the Arabic, such as: Ibnu Hisyam, Ibnu Jinny and Sibawayh. Each level will represent easy-moderate and difficult questions which are classification questions of word position in Arabic sentences. This paper will discuss the effectiveness of gamification through a survey of third-year students from the Faculty of Major Language Studies (FPBU) on teaching and learning activities that use the game board “Ana Sibawayh” in the Arabic language subject. A descriptive analysis study was used to analyze the data collected from 41 respondents who had participated in the Arabic grammar game and had answered questions related to the perception of effectiveness. The study concludes that 100% of students strongly agree that this game “ana sibawayh” is interesting and can help them master Arabic grammar through play. They have also recommended to use Ana Sibawayh Gamification in PdP Arabic syntax.

Published

16-09-2022
CITATION
DOI: 10.33102/alazkiyaa.v1i1.12
Published: 16-09-2022

How to Cite

Mohamed, Y. ., Muhamad Saad, N. ., Ismail, S. ., & Hoque, M. . (2022). Keberkesanan Gamifikasi Tatabahasa Arab “Ana Sibawayh” dalam PDP: Tinjauan Terhadap Pelajar FPBU USIM: ( Effectiveness of Arabic Grammar Gamification “Ana Sibawayh” in Teaching and Learning: A Survey Study on FPBU Students at USIM). Al-Azkiyaa - International Journal of Language and Education, 1(1), 92–103. https://doi.org/10.33102/alazkiyaa.v1i1.12

Issue

Section

Articles