Keberkesanan aplikasi Wordwall dalam pengajaran dan pembelajaran gaya bahasa seloka boros dan jimat bagi pelajar tingkatan 4
Efficacy of Wordwall apps in teaching and learning language style of Seloka boros dan jimat for form 4 students
DOI:
https://doi.org/10.33102/alazkiyaa45الملخص
Kajian “Keberkesanan Aplikasi Wordwall dalam Pengajaran dan Pembelajaran Gaya Bahasa Seloka Boros dan Jimat bagi Pelajar Tingkatan 4” menumpukan kepada fungsi atau kelebihan teknologi ini dalam membantu guru menjalankan pengajaran dalam kelas. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai (Verbal-Linguistik). Kajian terdiri daripada dua objektif iaitu pertama melihat kepada fungsi dan kelebihan aplikasi Wordwall dalam pengajaran dan pembelajaran gaya bahasa Seloka Boros dan Jimat. Objektif kedua pula melihat kepada keberkesanan penggunaan aplikasi ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai (Verbal-Linguistik). Kajian ini melibatkan tujuh responden yang terdiri daripada dua orang guru dan lima orang pelajar Tingkatan Empat yang mengambil subjek Kesusasteraan Melayu. Kajian ini merupakan kajian kualitatif iaitu melalui kaedah deskriptif, temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data kajian dikumpul dengan membuat sesi temu bual bersama dua orang guru, pemerhatian berdasarkan senarai semak serta menganalisis lembaran kerja yang telah disiapkan oleh pelajar. Analisis daripada dapatan kajian mendapati bahawa guru menggalakkan penggunaan teknologi dalam pengajaran subjek Kesusasteraan Melayu bagi meningkatkan kefahaman pelajar dalam sesebuah topik yang diajar. Kefahaman pelajar juga dapat dilihat dengan jelas sebelum dan selepas penggunaan aplikasi Wordwall dalam pengajaran gaya bahasa Seloka Boros dan Jimat. Terbukti bahawa pelajar lebih menyukai dan memahami isi pembelajaran hasil daripada lembaran kerja yang diberi. Pelajar juga dilihat menerapkan teori Verbal-Linguistik semasa sesi pembelajaran berlaku sama ada secara lisan atau tulisan. Melalui dapatan kajian diharapkan agar dapat membantu dalam meningkatkan kualiti pengajaran guru di dalam kelas.
المراجع
Awi, N. A. L., & Zulkifli, H. (2021). Amalan kreativiti guru pendidikan islam dalam pembelajaran abad ke-21. Asean Comparative Education Research Journal On Islam And Civilization (Acer-J). eISSN2600-769X, 4(1), 40-54.
Bhasah Abu Bakar, Yuslina Mohamed, Nurhasma Muhamad Saad, Sulaiman Ismail, Mesbahul Hoque. (2022). “Didikan Cinta Rasulullah saw Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah” dlm International Journal Of Languages And Education (Azkiyaa). Selangor: Usim
Iwan Binanto. (2010). Multimedia digital: Dasar teori dan pengembangannya.Yogyakarta: Penerbit ANDI.
Liu, C. Z., Au, Y. A., & Choi, H. S. (2015). Effects of Freemium Strategy in the Mobile App Market : An Empirical Study of Google Play Effects of Freemium Strategy in the Mobile App Market : An Empirical Study of Google Play. Journal of Management Information Systems, 31(3), 326–354. https://doi.org/10.1080/07421222.2014.995564
Llosa, M. V (terj.) Padilah Haji Ali. (2002, Disember). “Sastera dan kehidupan”. Dewan sastera, 31-36.
Mazarul Hasan Mohamad Hanapi, Norazimah Zakaria, Norazilawati Abdullah. (2019). “Nilai Pendidikan Dalam Bahan Pengajaran Multimedia Kartun Animasi Upin Dan Ipin Untuk Murid Sekolah Rendah” dlm International Journal Of Heritage, Art And Multimedia. Volume: 2 Issues: 4, Pp.12-23
Shiddiq, Jamaluddin. (2021). Inovasi Pemanfaatan Wordwall Sebagai Media Game-Based Learning untuk Bahasa Arab. Jalie: 5(1), 151-169.
Susiati, S. (2020). Gaya Bahasa Secara Umum Dan Gaya Bahasa Pembungkus Pikiran.
Syahid, A. (2019). Gaya Bahasa dalam Lirik Lagu Shalawat Nissa Sabyan dan Implikasinya terhadap Studi Stilistika (Ilmu Uslub). Al-Fathin: Jurnal Bahasa dan Sastra Arab, 1(1), 195-211.
Tarigan, Henry Guntur. (2009). Pengkajian Pragmatik. Bandung: Angkasa.
Zakaria, N., Mohamad Hanapi, M. H., Harun, Nur Farahkhanna Mohd Rosli, Azhar Wahid and Ani Omar. (2020). “Malay Authors Strategies in Displaying the Intelligence of the Figures and Its Effects in Traditional Malay Literary Texts” in International Journal of Innovation, Creativity and Change. www.ijicc.net Volume 11, Issue 5
Zakaria, N., Mohamad Hanapi, M. H., Alizah Lambri, Nordiana Hamzah and Normarini Norzan. (2019). “The Beauty And Benefits Of Proverbs As A Symbol Of The Mind”in Journal of Advance Research in Dynamical & Control Systems, Vol. 11, Special Issue-07
التنزيلات
منشور
كيفية الاقتباس
إصدار
القسم
الرخصة
الحقوق الفكرية (c) 2023 Norazimah Zakaria, Evelyn Anak Sili
هذا العمل مرخص بموجب Creative Commons Attribution 4.0 International License.
For all articles published in Al-Azkiyaa journal, copyright is retained by the authors. Articles are licensed under an open access Creative Commons CC BY 4.0 license, meaning that anyone may download and read the paper for free. In addition, the article may be reused and quoted provided that the original published version is cited. These conditions allow for maximum use and exposure of the work, while ensuring that the authors receive proper credit.
In exceptional circumstances articles may be licensed differently. If you have specific condition (such as one linked to funding) that does not allow this license, please mention this to the Al-Azkiyaa Managing Editorial. Exceptions will be granted at the discretion of the publisher.