Faktor luaran yang mempengaruhi keberkesanan kaedah nyanyian dalam pembelajaran Bahasa Arab: Kajian perspektif pelajar

External factors affecting the effectiveness of singing methods in learning Arabic : A study on students’ perspectives

المؤلفون

  • Wan Muhammad Shaker Wan Adnan UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
  • Azlan Shaiful Baharum UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
  • Mohd Nizwan Musling UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

DOI:

https://doi.org/10.33102/alazkiyaa97

الكلمات المفتاحية:

Kaedah Nyanyian، Faktor luaran، Perspektif pelajar، Bahasa Arab

الملخص

Kaedah nyanyian adalah kaedah pengajaran yang menggunakan lagu dan irama sebagai alat bantuan bagi mencapai objektif sesi pembelajaran. Kaedah nyanyian mempunyai keberkesanan dalam membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar dalam subjek Bahasa Arab. Terdapat perbezaan yang ketara dihadapi oleh pelajar setelah diterapkan kaedah nyanyian dalam kelas, yang mana mereka dapat menguasai topik yang diajarkan dengan lebih baik dan efisien hanya setelah menggunakan kaedah nyanyian. Maka, secara umumnya jelas bahawa kaedah pengajaran menggunakan teknik nyanyian ini memberikan impak positif kepada pelajar secara khususnya dalam pembelajaran Bahasa Arab. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka pandangan pelajar tentang faktor-faktor lain yang memainkan peranan dalam membantu meningkatkan keberkesanan sesi pembelajaran selain daripada modul dan kaedah pengajaran itu sendiri. Pengumpulan data dijalankan secara temu bual bersemuka dan analisis tematik digunakan bagi menganalisis data kajian. Pengkaji menjalankan temubual ke atas sepuluh orang responden kajian yang merupakan pelajar tahun satu program Sarjana Muda Pendidikan Islam, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia. Pelajar-pelajar ini mengaplikasikan kaedah nyanyian bagi menguasai kursus Nahu Gunaan 1 dalam Bahasa Arab. Hasil kajian menyimpulkan terdapat empat faktor luaran lain yang memberi kesan kepada keberkesanan kaedah nyanyian iaitu i) peranan guru, ii) peranan rakan-rakan, iii) peranan alat pengajaran (lagu), iv) peranan topik pembelajaran. Kesimpulannya, kaedah nyanyian ini mempunyai tahap keberkesanan yang berbeza ke atas pelajar bergantung kepada cara peranan-peranan ini dimainkan.

المراجع

Afandi, A. N. M., Zaini, A. R., & Norul‘Azmi, N. A. (2023). Strategi kognitif dalam pembelajaran kosa kata Bahasa Arab sebagai bahasa kedua: Relevansi dan impak: Cognitive strategies in learning Arabic vocabulary as a second language: Relevance and impact. e-Jurnal Bahasa dan Linguistik (e-JBL), 5(1), 63-74.

An, T. H., & Lai, T. T. (2021). Sikap dan persepsi pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Mandarin sebagai bahasa asing di Universiti Teknikal. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 450-460.

Ananda, D., Jufri, A. P., & Ulum, F. (2024). Application of the singing method in improving mastery of Arabic Mufrodat for Junior High School Students at Makassar Islamic College. Pinisi Journal of Art, Humanity, and Social Studies, 4(2), 337-344.

Arofah, I., Ningsi, B. A., & Masyhudi, L. (2020). Analisis faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi akademik mahasiswa. Media Bina Ilmiah, 15(5), 4511-4522.

Bayuningtyas, N., Martino, Y. A., & Firmansyah, M. (2021). Analisis faktor regulasi belajar mandiri terkait dengan pengaruh keluarga, teman sebaya, dan staf pengajar terhadap prestasi akademik. Jurnal Kedokteran Komunitas (Journal of Community Medicine), 9(1).

Bustam, B. M. R., Iswanto, I., Arqam, M. L., Juliani, W. I., & Khairi, A. N. (2021). The effectiveness of fun learning approach in Arabic learning. Jurnal Al Bayan: Jurnal Jurusan Pendidikan Bahasa Arab, 13(2), 286-304.

Chzin, D. T. J., & Surat, S. (2021). Sorotan literatur bersistematik: Faktor-faktor mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(12),137-157.

Davis, L. L. (1992). Instrument review: Getting the most from a panel of experts. Applied Nursing Research. 5 (4),194-197.

Fadzil, N. A., Jaafar, N., & Rofiee, M. M. (2022). Hubungan motivasi pelajar terhadap penguasaan Bahasa Arab. Jurnal Kesidang, 7(1), 194-210.

Hula, I. R. N., Yasin, Z., Inaku, M. S., & Basarata, N. (2023). Arabic speaking skills training through Intensive Program activities for boarding students in Pone Village, West Limboto District. Nusantara Jurnal Pengabdian Kepada Masyarakat, 3(3), 196-205.

Huliyah, M., Ngaisah, S., & Kartika, N. T. (November 2023). The effectiveness of singing methods in developing early childhood language skills”. Proceeding of Annual International Conference on Islamic Education and Language (AICIEL), 728-736.

Ismail, M. R., Ghazali, A. R., Latif, K. A. A., Maromar, F., & Man, S. (2020). Hubungan antara faktor dalaman dan faktor luaran dalam mempengaruhi kemahiran menulis Bahasa Arab pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia: The relationship between internal and external factors influencing student skills of Arabic writing in Higher Learning Institutions of Malaysia. e-Jurnal Bahasa dan Linguistik (e-JBL), 2(1), 1-12.

Junaidah, P. D. (2022). Penguasaan Mufradat melalui media lagu untuk meningkatkan keterampilan menulis Bahasa Arab siswa Mtsn 5 Jombang. Teacher: Jurnal Inovasi Karya Ilmiah Guru, 2(4), 437-445.

Kaliappan, M. D., & Jalil, N. A. (2023). Pengaruh faktor dalaman dan luaran terhadap pencapaian mata pelajaran ekonomi bagi murid-murid sekolah menengah luar bandar negeri Perak, Malaysia. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 16(2), 83-92.

Kholilah, G. R., Due, F., & Ichsan, M. (2022). Sosialisasi teknik penghafalan Al-Qur’an dengan Nagham Nahawand di Madrasah Riyadut Tarbiyah. GENDIS: Jurnal Pengabdian Masyarakat, 1(1), 1-5.

Putri, A. A., Zahra, M., Ningrum, P. W. O., & Tabroni, I. (2023). Singing method: Easily memorize Arabic vocabulary and Mahfudzat. International Journal of Scientific Multidisciplinary Research, 1(2), 85-96.

Rachmawati, R. A., & Husin, H. (2022). Penerapan metode bernyanyi dalam meningkatkan penguasaan kosakata Bahasa Arab di Panti Asuhan Nurul Jannah. Berajah Journal, 2(2), 223-230.

Richards, J. C. (2022). Exploring emotions in language teaching. RELC Journal, 53(1), 225-239.

Rosidah, M. (2022). The use of singing songs strategy in teaching speaking skill at Intensive Program of UPT P2B IAI Darussalam in Academic Years 2021/2022. (Doctoral dissertation). Islamic Institute of Darussalam Blokagung Banyuwangi.

Safitri, L., & Munafiah, N. U. (2024). Peningkatan penguasaan kosakata Bahasa Arab melalui metode bernyanyi pada anak usia 5-6 tahun. Jurnal Pendidikan Tambusai, 8(1).

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1986). Ilmu pendidikan: Pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann.

Zamani, R., & Ahangari, S. (2016). Characteristics of an effective English language teacher (EELT) as perceived by learners of English. International Journal of Foreign Language Teaching and Research, 4(14), 69-88.

التنزيلات

منشور

2024-10-30
CITATION
DOI: 10.33102/alazkiyaa97
منشور: 2024-10-30

كيفية الاقتباس

Wan Adnan, W. M. S., Shaiful Baharum, A., & Musling, M. N. (2024). Faktor luaran yang mempengaruhi keberkesanan kaedah nyanyian dalam pembelajaran Bahasa Arab: Kajian perspektif pelajar : External factors affecting the effectiveness of singing methods in learning Arabic : A study on students’ perspectives . Al-Azkiyaa - International Journal of Language and Education, 3(2), 121–133. https://doi.org/10.33102/alazkiyaa97

إصدار

القسم

Articles